HomeUtamaMahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Arab Saudi Diguna Najib Adalah Palsu

Mahkamah Tinggi Putuskan Surat Derma Arab Saudi Diguna Najib Adalah Palsu

Read Time:2 Minute, 6 Second

PUTRAJAYA :  Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa empat surat yang didakwa berkaitan sumbangan derma dari Arab Saudi, yang dijadikan asas pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah palsu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata tertuduh, ketika memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak melakukan sebarang pengesahan rasmi bagi memastikan dana RM2.3 bilion yang diterima benar-benar berasal daripada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, pemerintah Arab Saudi pada ketika itu.

Dalam penghakimannya, Sequerah menegaskan bahawa surat-surat itu tidak pernah dikemukakan dalam bentuk asal kepada mahkamah dan hanya diserahkan sebagai salinan, tiada pengesahan bertulis atau surat penghargaan dihantar kepada pihak istana Arab Saudi, yang disifatkan luar biasa bagi sumbangan berskala besar.

Tambahnya, dakwaan derma tidak direkodkan dalam Minit Mesyuarat Kabinet, sekali gus melemahkan naratif pembelaan.

“Najib mempunyai sumber dan kemampuan untuk mengesahkan kesahihan dana itu, namun memilih untuk menutup mata secara sengaja, menjadikan transaksi tersebut sangat meragukan,” katanya.

Sementara itu, memetik laporan media Mahkamah turut mendapati jejak transaksi menunjukkan aliran dana disalurkan melalui syarikat persendirian pihak ketiga, termasuk Tanore Finance, Blackstone Asia Real Estate dan Vista Equity, yang dimiliki oleh Eric Tan Kim Loong, individu yang dikaitkan dengan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

tambah hakim Saquerah lagi,  saksi pembelaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga mengakui bahawa beliau tidak pernah mendengar sendiri daripada Raja Abdullah mengenai sebarang hasrat rasmi menyalurkan derma kepada Najib lapor Berita Harian

Sequerah menegaskan bahawa naratif sumbangan dari Arab Saudi adalah tidak berasas, dan mahkamah memutuskan bahawa dana berkenaan sebenarnya berasal daripada 1MDB.

Najib,72, berdepan empat tuduhan salah guna kedudukan bagi memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB Dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan salah guna kuasa difailkan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau minimum RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Tuduhan pengubahan wang haram pula difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta AMLATFPUAA 2001, memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 30 Okt 2024 mengarahkan Najib membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Sebelum ini, Najib yang Ddisabit bersalah dalam kes SRC International pada 2022, Diberikan DNAA bagi dua kes, Dan dibebaskan sepenuhnya bagi satu kes lain.

Mahkamah berhenti rehat untuk solat Jumaat sebelum penghakiman disambung dalam sesi seterusnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Amalan kunjung-mengunjung perlu diteruskan perkukuh perpaduan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular