HomeIsu tempatanPelajar UiTM jayakan Program Gerak Amal Kasih di Rumah Bakti Harapan

Pelajar UiTM jayakan Program Gerak Amal Kasih di Rumah Bakti Harapan

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif khidmat masyarakat Gerak Amal Kasih anjuran pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah berjaya membawa keceriaan dan sokongan kepada penghuni Rumah Bakti Harapan, Inanam, yang diadakan di sini baru-baru ini.

Program tersebut dianjurkan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Pemasaran) UiTM Sabah di bawah kursus Organizing Event and Practices (EVM490), sekali gus mencerminkan komitmen universiti dalam memupuk nilai keprihatinan, kesukarelawanan dan pemerkasaan komuniti dalam kalangan mahasiswa.

Sepanjang program, para pelajar terlibat secara langsung bersama penghuni Rumah Bakti Harapan menerusi pelbagai aktiviti kreatif dan interaktif, selain menyampaikan sumbangan keperluan asas. 

Usaha itu bukan sahaja menceriakan penghuni, malah mengeratkan hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Penyelia Rumah Bakti Harapan, Ginantar Balud, menyifatkan program tersebut sebagai berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

“Pada pandangan saya, perjalanan program ini sangat baik dan berjaya. 

“Program ini mampu menyentuh hati para penghuni Rumah Bakti Harapan, yang jelas dapat dilihat melalui penglibatan aktif mereka dalam aktiviti seperti mewarna, menyanyi dan menari,” katanya.

Program Gerak Amal Kasih menjadi bukti peranan mahasiswa UiTM bukan sahaja sebagai pencari ilmu, tetapi juga sebagai ejen perubahan sosial yang peka terhadap keperluan masyarakat sekeliling. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur MAeP 2025, iktiraf 67 warga universiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular