HomeUtamaWanita maut, dua kenderaan bertembung di Jalan Silam

Wanita maut, dua kenderaan bertembung di Jalan Silam

Read Time:1 Minute, 14 Second

LAHAD DATU: Seorang wanita maut manakala beberapa yang lain cedera ringan selepas dua kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Silam, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner dan sebuah Perodua Axia yang dipercayai bertembung di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi sejauh 24 kilometer.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital.

Menurutnya, enam mangsa terlibat dalam kemalangan berkenaan, dengan lima daripadanya berada dalam kenderaan Toyota Fortuner.

“Seorang mangsa wanita berusia 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang lagi mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan jentera EMRS.

Selain itu, tiga mangsa wanita masing-masing berusia 39, 28 dan 30 tahun mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM, manakala pemandu lelaki berusia 25 tahun turut cedera ringan.

Bagaimanapun, maklumat mangsa bagi kenderaan Perodua Axia tidak diperoleh setakat ini.

Operasi menyelamat dilaporkan terkawal pada jam 3.20 petang dan tamat sepenuhnya sembilan minit kemudian selepas pasukan bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM turut berada di lokasi bagi membantu operasi serta menjalankan siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagal kemuka dokumen, bot penumpang ditahan di perairan Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular