HomeUtamaGathering EX5 2.0 tarik lebih 250 peserta walaupun hujan

Gathering EX5 2.0 tarik lebih 250 peserta walaupun hujan

Read Time:53 Second

RANAU: Lebih 250 peserta memeriahkan Gathering EX5 2.0 yang berlangsung di Desa Farm Kundasang, di sini, baru-baru ini, walaupun cuaca hujan dan tanpa penyediaan khemah.

Antara peserta yang memeriahkan program.

Program yang bertujuan mengeratkan silaturahim serta berkongsi kepakaran berkaitan penjagaan motosikal jenis Honda EX5 itu menerima sambutan luar jangka daripada peminat motosikal berkenaan.

Peserta dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mula berkumpul seawal jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari, meskipun hujan renyai yang diselangi hujan lebat sepanjang program berlangsung.

Pengerusi bersama penganjur, Mohd Zulfiqah Abd Adis berkata, sambutan kali ini amat menggalakkan dan jauh melebihi jangkaan awal penganjur.

“Pada peringkat awal, penganjur menjangkakan sekitar 70 buah motosikal Honda EX5 menyertai himpunan ini, namun kehadiran mencecah lebih 250 buah, tidak termasuk penunggang motosikal pelbagai jenis serta pengunjung Desa Farm yang turut memeriahkan suasana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua peserta agar sentiasa mengutamakan keselamatan, mengekalkan disiplin ketika menunggang, mematuhi peraturan lalu lintas serta memupuk semangat kebersamaan, setiakawan dan kerjasama sebagai tonggak kejayaan penganjuran program seumpama itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Madius dilantik Pengerusi POIC Sabah, Datuk Roger terajui Invest Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular