HomeSukanSabah juarai LWN 2025, buktikan prestasi konsisten dan disiplin tinggi – Hajiji

Sabah juarai LWN 2025, buktikan prestasi konsisten dan disiplin tinggi – Hajiji

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Kejayaan pasukan bola sepak wanita Sabah muncul sebagai juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 jelas membuktikan keunggulan prestasi pasukan yang konsisten, berdisiplin serta memiliki semangat juang tinggi sepanjang musim.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pasukan kendalian jurulatih Bobby Gonzales itu berjaya mempamerkam corak permainan yang tersusun selain keupayaan mengekalkan momentum kemenangan dari awal hingga ke penghujung musim.

“Kejayaan ini lahir daripada prestasi konsisten, disiplin tinggi dan semangat juang luar biasa sepanjang musim.

” Lebih membanggakan, pencapaian ini turut melayakkan Sabah FA untuk dicalonkan ke AFC Women’s Champions League (AWCL) dan membuka peluang bersaing di pentas Asia serta mengharumkan nama Sabah serta Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini malam ini.

Hajiji berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa bola sepak wanita di Sabah terus berkembang dengan kukuh selain menjadi pasukan terbaik di Malaysia.

” Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda dan terus mengangkat martabat sukan wanita ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Pasukan bola sepak wanita Sabah muncul juara LWN buat kali kedua selepas berjaya menjuarai liga itu pada 2023. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Sabah perkukuh pembangunan sukan secara holistik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular