HomeUtamaPatuhi larangan, peraturan di taman awam - DBKK

Patuhi larangan, peraturan di taman awam – DBKK

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi beberapa larangan dan peraturan yang ditetapkan sepanjang sambutan Tahun Baharu 2026 khususnya di taman-taman awam yang dibenarkan dibuka.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara aktiviti yang dilarang sama sekali ialah mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran selain  menjalankan aktiviti menjaja atau berniaga tanpa kelulusan serta membawa atau meminum minuman keras di kawasan taman awam.

Selain itu, pengunjung juga dilarang membawa masuk kenderaan dan motosikal ke dalam kawasan taman, membawa haiwan peliharaan dan membakar mercun serta bunga api.

“Orang awam atau pengunjung juga tidak dibenarkan melakukan pembakaran terbuka serta melakukan sebarang perbuatan tidak sopan yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Larangan turut melibatkan perbuatan vandalisme, termasuk merosakkan harta benda awam dan landskap tanaman, membuang sampah merata-rata, menghasilkan bunyi bising melampau serta menjalankan aktiviti memancing di zon larangan.

“Setiap kesalahan akan dikenakan kompaun atau saman serta-merta oleh pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu di sini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mematuhi semua arahan dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan, kebersihan dan ketenteraman awam terpelihara sepanjang sambutan Tahun Baharu.

DBKK menegaskan bahawa kerjasama orang ramai amat penting bagi memastikan sambutan Tahun Baharu 2026 dapat diraikan dalam suasana yang harmoni dan terkawal. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PKOB Beaufort sedia diaktifkan hadapi risiko banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular