HomeUtamaTMM2026: Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negara - Ayob Khan

TMM2026: Polis pertingkat kawalan keselamatan di seluruh negara – Ayob Khan

Read Time:1 Minute, 3 Second

BERNAMA

GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu sebahagian daripada rutin operasi polis yang dilaksanakan setiap kali musim perayaan atau penganjuran acara berskala besar.

“Setiap kali musim perayaan seperti tahun baharu, memang kawalan keselamatan akan ditingkatkan, tambahan pula tahun ini ialah Tahun Melawat Malaysia, jadi ia memang sebahagian daripada rutin operasi.

“Justeru, orang ramai tidak perlu bimbang. Insya-Allah, isu keselamatan dipantau dan sekiranya perlu, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas menyertai acara kayuhan basikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) Penang International 2nd Bridge Solidarity Fun Ride 2026 di Queensbay, di sini, hari ini.

Pelepasan rasmi kayuhan disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib malam tadi disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail.

TMM2026 secara rasminya membuka tirai tepat 12 tengah malam, 1 Jan lepas menerusi penganjuran Visit Malaysia Countdown Festival 2026, yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kempen TMM2026 digerakkan berteraskan lima tonggak utama, iaitu kelestarian, warisan budaya, pengembaraan berasaskan alam semula jadi, inovasi digital dan keterhubungan global. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kundasang berpotensi jadi destinasi peancongan rekreasi berasaskan alam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular