HomeUtamaKota Belud daerah terbaru dilanda banjir, jumlah mangsa terus meningkat

Kota Belud daerah terbaru dilanda banjir, jumlah mangsa terus meningkat

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Daerah Kota Belud menjadi daerah terbaru dilaporkan terjejas banjir di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan mangsa meningkat kepada 513 orang setakat jam 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai Kota Belud, daerah Beaufort dan Kota Kinabalu masih merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir.

Di Beaufort, mangsa terjejas kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 338 orang melibatkan 120 keluarga dan berlindung di Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon.

Manakala di Kota Kinabalu, seramai 158 orang mangsa melibatkan 53 keluarga kini dilaporkan masih berlindung di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Masjid Al-Munir Kampung Darau.

Kota Belud yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada Isnin merekodkan jumlah mangsa seramai 17 orang melibatkan empat buah keluarga dan kini ditempatkan di PPS Dewan Kampung Lentigi.

Pengisytiharan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Belud Peter Jiton pada jam 12 tengah malam pada Isnin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program ‘Native Sabahan Beadswork’ perkasa warisan kraf tradisional Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular