HomeUtamaPenduduk terjejas banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa

Penduduk terjejas banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa

Read Time:1 Minute, 5 Second

TENOM: Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Datuk Jamawi Jaafar menasihati penduduk yang terjejas banjir khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan pihak berkuasa melalui Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Tenom.

Beliau yang juga ADUN Melalap berkata, beberapa kampung di kawasan itu dilanda banjir susulan hujan berterusan di kawasan hulu Sungai Padas sejak beberapa hari lalu.

“Penduduk yang tinggal di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa memantau paras air dan akur dengan arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga masing-masing. Keselamatan penduduk adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jamawi, pada 4 Januari 2026, beberapa kampung yang terjejas telah menerima bantuan banjir bagi meringankan urusan harian penduduk, dengan rombongan bantuan diketuai Setiausaha Politik beliau, Herbert Roger London.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tumantalik, Kampung Pontomon, Kampung Pantogon Saga, Kampung Bulun, Kampung Binaie, Kampung Saga, Kampung Batu-Batu, Kampung Mandalom Lama dan Kampung Sri Menanti.

Beliau berkata, bantuan akan diteruskan kepada semua penduduk terjejas di DUN Melalap yang masih belum menerima sebarang bantuan.

“Kami komited untuk memastikan semua mangsa banjir menerima bantuan secukupnya dan dapat meneruskan kehidupan dengan selamat,” katanya.

Jamawi turut mengingatkan bahawa pemantauan berterusan perlu dilakukan kerana hujan yang berterusan berpotensi meningkatkan paras air sungai, sekali gus menambah risiko banjir di kawasan rendah.

RELATED ARTICLES
Utama

PIBKS sambut baik peningkatan peruntukan pembangunan sekolah daif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular