HomeUtamaLelaki edar dadah dipenjara seumur hidup

Lelaki edar dadah dipenjara seumur hidup

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki kerana mengedar 712.2 gram syabu empat tahun lalu.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menjatuhkan hukuman itu ke atas Low Khoong Kit selepas mendapati tertuduh bersalah melakukan kesalahan tersebut di tingkat bawah One Borneo Hypermall, Jalan Sulaman pada 27 Januari 2022.

Mahkamah menetapkan bahawa hukuman penjara seumur hidup Low, menurut Seksyen 3 Akta Kehakiman Jenayah 1953, dianggap sebagai penjara selama 30 tahun bermula dari tarikh penangkapannya.

“Berhubung dengan hukuman tambahan sebatan minimum 12 kali, Low yang berusia lebih 54 tahun dikecualikan mengikut Seksyen 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah. Untuk penjelasan, Low hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup,” kata hakim.

Low disabitkan salah di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta sama 1952.

Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan terhadap Low, manakala Low yang diwakili peguam Chong Kian Ming merupakan satu-satunya saksi pembelaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kemasukan pelabur pacu pertumbuhan ekonomi, jana pekerjaan berkemahiran tinggi di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular