HomeUtamaAmbil syabu berulang kali, dua lelaki dipenjara dan disebat

Ambil syabu berulang kali, dua lelaki dipenjara dan disebat

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara dan sebatan terhadap dua lelaki selepas mereka mengaku bersalah mengulangi kesalahan mengambil dadah jenis syabu.

Tertuduh, Heldy Soubin, 45, dan Herwandi Roselane, 46, membuat pengakuan bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir.

Heldy dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun serta tiga sebatan, manakala Herwandi dikenakan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan polis selepas tamat tempoh pemenjaraan, masing-masing selama tiga tahun bagi Heldy dan dua tahun bagi Herwandi.

Dalam kes Heldy, ujian air kencing mendapati tertuduh positif syabu pada jam 6.20 petang, 3 September 2025, di sebuah balai polis di sini.

Rekod mahkamah menunjukkan Heldy mempunyai satu sabitan lampau di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) berkaitan kesalahan sama. Sehubungan itu, bagi kes kali ini, Heldy didakwa di bawah Seksyen 39C(2) ADB, yang memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi kes Herwandi, ujian air kencingnya didapati positif syabu pada jam 11.10 malam, 4 Oktober 2025, juga di sebuah balai polis di sini. Dia mempunyai dua rekod sabitan lampau bagi kesalahan mengambil syabu.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh memohon agar hukuman diringankan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan memandangkan kedua-dua tertuduh merupakan pesalah berulang.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah benarkan permohonan pinda status agama dalam MyKad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular