HomeUtamaMetMalaysia jangka hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan

MetMalaysia jangka hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan Labuan

Read Time:49 Second

KUALA LUMPUR : Hujan berterusan dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan susulan luruan monsun yang diramalkan berterusan sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis model ramalan cuaca menunjukkan keadaan tersebut berpotensi membawa hujan berpanjangan.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi barat Sarawak yang berkuat kuasa mulai 9 hingga 10 Januari 2026.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, khususnya mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Dalam pada itu,Mohd Hisham berkata, keadaan cuaca tidak menentu turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan, dengan amaran berkuat kuasa sehingga 13 Januari 2026.

Katanya, keadaan ini berisiko menjejaskan aktiviti perkapalan, perikanan serta keselamatan nelayan.

“MET Malaysia menasihatkan orang awam agar sentiasa merujuk maklumat cuaca terkini dan sahih melalui laman web rasmi www.met.gov.my, media sosial rasmi jabatan itu serta aplikasi myCuaca,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Rogol, luar tabii: Lelaki dipenjara dan disebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular