HomeUtamaPenjawat awam didakwa rasuah bernilai lebih RM200,000

Penjawat awam didakwa rasuah bernilai lebih RM200,000

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Khas Rasuah atas dua pertuduhan mendapatkan suapan melalui syarikat milik sepupunya, melibatkan jumlah keseluruhan lebih RM200,000.

Aldey Kangit, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus pagi tadi.

Bagi pertuduhan pertama, Aldey sebagai Penolong Jurutera Gred JA29 yang bertugas di Pejabat Daerah Kecil Kiulu Sabah, telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bernilai RM75,998.10 melalui syarikat perniagaan milik sepupunya pada 22 Ogos 2023, bertempat di Pejabat Daerah Kecil Kiulu.

Bagi pertuduhan kedua, Adley didakwa melakukan kesalahan serupa melibatkan RM142,490.50 pada 13 September 2023 di tempat yang sama.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Seksyen 24(1) Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Februari sebutan pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan RM10,000 deposit beserta dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM tang terdekat sekali dalam masa dua bulan; passport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada Mahkamah; dan tertuduh tidak boleh mengganggu saksi-saksi pendakwaan samada sebelum atau semasa kes ini berjalan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Baharom, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman bagi pihak Luke Ressa Balang.

RELATED ARTICLES
Utama

Hak Sabah ke atas pelantar benua dan sumber petroleum berasas Perlembagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular