HomeUtamaPRK Kinabatangan, Lamag : Tiga penjuru di Parlimen, satu lawan satu...

PRK Kinabatangan, Lamag : Tiga penjuru di Parlimen, satu lawan satu di DUN

Read Time:45 Second

KINABATANGAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru, manakala di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya pertandingan satu lawan satu.

Kerusi Parlimen Kinabatangan menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Naim Kurniawan Moktar yang akan berdepan cabaran daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman mewakili Parti Warisan dan calon bebas Goldam Hamid.

Manakala bagi kerusi DUN Lamag, pertandingan hanya melibatkan dua calon iaitu calon BN, Mohd Ismail Ayob atau lebih dikenali sebagai MIHA, dan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek Chua.

Pengumuman rasmi calon itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Eddy Syaizul Rizam Abdullah di Dewan Sri Lamag selepas semua proses prosedur berkaitan selesai.

Proses penamaan calon berjalan lancar dan tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ini ditetapkan pada 24 Januari, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan segera diambil susulan banjir di dua kampung di Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular