HomeUtamaAhli politik dipenjara 16 bulan, didenda RM14,000 cabul peserta Unduk Ngadau

Ahli politik dipenjara 16 bulan, didenda RM14,000 cabul peserta Unduk Ngadau

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan dan denda berjumlah RM14,000 selepas didapati bersalah mencabul seorang peserta Unduk Ngadau Negeri 2021.

Phillip Among, 53, dijatuhi hukuman tersebut selepas disabitkan bersalah atas empat pertuduhan yang dihadapinya.

Majistret Marilyn Kelvin membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Phillip, yang merupakan ketua teknikal pertandingan Unduk Ngadau 2021 ketika kejadian, disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, kedua dan keempat, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan serta denda RM3,000, atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda, bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan ketiga, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan denda RM5,000, atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Jumlah keseluruhan hukuman penjara adalah 43 bulan namun Mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan hari ini, sekali gus bermakna Phillip hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 16 bulan serta membayar denda RM14,000.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun memerintahkan hukuman denda dibayar hari ini.

Mengikut pertuduhan, Phillip telah mencabul peserta Unduk Ngadau berkenaan pada 19 Mei 2021, antara jam 2 petang dan 10 malam.

Kejadian bagi pertuduhan pertama sehingga keempat masing-maisng berlaku di tangga berhampiran Ever Best Photo di Asia City; Studio Darvel Bay Borneo Holidays Sdn Bhd di Asia City; di dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak ketika dalam perjalanan dari sebuah lokasi makan malam ke pejabat lama di bandar ini; dan di sebuah pejabat di Metro Town, di sini.


BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama pasca pilihan raya penting untuk kestabilan pentadbiran – Joniston

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular