HomeUtamaSPR keluarkan 446 kertas undi pos untuk PRK Kinabatangan, DUN Lamag

SPR keluarkan 446 kertas undi pos untuk PRK Kinabatangan, DUN Lamag

Read Time:1 Minute, 6 Second

KINABATANGAN : Sebanyak 446 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada individu yang layak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Isnin.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pengeluaran kertas undi pos itu telah dilakukan oleh Petugas Pilihan Raya (PPR) yang dilantik oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPR) dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding.

Katanya, kertas undi pos bagi PRK Parlimen Kinabatangan yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 203 undi pos Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Anggota Polis dan Petugas Media) dan 48 undi pos bagi Kategori 1C (Agensi dan Organisasi).

“Manakala kertas undi pos bagi PRK DUN Lamag yang telah dikeluarkan adalah terdiri daripada 155 undi pos Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Anggota Polis dan Petugas Media), dan 40 undi pos bagi Kategori 1C (Agensi dan Organisasi),” katanya dalam kenyataan di sini.

Khairul berkata, SPR turut mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang Perisytiharan Identiti (Borang 2), serta segera mengembalikannya kepada PPPR berkenaan sebelum Jam 5 petang pada hari mengundi iaitu pada 24 Januari 2026.

Katanya, pengundi juga diingatkan agar sentiasa menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di laman media sosial. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pecah amanah RM116,182, lelaki mengaku tidak bersalah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular