HomeUtamaDr Yusof dilantik Pengerusi Sabah Development Berhad

Dr Yusof dilantik Pengerusi Sabah Development Berhad

Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi baharu Sabah Development Berhad (SDB).

Beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad dan menggantikan Datuk Poon Ming Fung sebagai Pengerusi SDB.

Dr Yusof secara rasmi memulakan tugasnya hari ini di Pejabat SDB, Blok C Menara Kinabalu. 

Beliau telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi dan hala tuju SDB yang turut dihadiri oleh beberapa ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan kanan syarikat.

Dalam sesi taklimat tersebut,  Dr Yusof merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk memastikan SDB terus berkembang sebagai syarikat pembangunan milik Kerajaan Negeri yang berjaya.

Menurutnya, pada peringkat awal, beliau akan memberi tumpuan untuk mendalami peranan dan hala tuju strategik SDB termasuk anak-anak syarikatnya, antaranya Jetama Sdn Bhd, agar dapat memainkan peranan lebih berkesan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PPM diminta bantu sebarkan pencapaian kerajaan kepada rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular