HomeUtamaKPSTI, Kementerian Komunikasi jalin kerjasama laksana agenda pendigitalan pendidikan

KPSTI, Kementerian Komunikasi jalin kerjasama laksana agenda pendigitalan pendidikan

Read Time:1 Minute, 5 Second

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPSTI) memberi komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Komunikasi bagi melaksanakan agenda pendigitalan pendidikan secara menyeluruh dan berkesan di negeri itu.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha berterusan meningkatkan kesalinghubungan digital di Sabah, termasuk pelaksanaan inisiatif JENDELA Fasa 1 serta peruntukan lebih RM2 bilion melalui Belanjawan 2026.

“Portfolio pendidikan, sains, teknologi dan inovasi di Sabah amat bergantung kepada infrastruktur komunikasi yang stabil dan berkualiti, khususnya bagi sekolah di kawasan luar bandar, pedalaman dan pulau. 

“Cabaran geografi Sabah memerlukan pendekatan dasar yang disesuaikan dan berimpak tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, di Putrajaya di sini pada Isnin 

James berkata, pihaknya turut mencadangkan agar sekolah dijadikan nod keutamaan dalam pelaksanaan JENDELA Fasa 2, termasuk penyambungan gentian optik terus ke premis sekolah serta peluasan penggunaan teknologi satelit bagi kawasan sukar dicapai. 

Selain itu katanya, kementeriannya juga sedia menjadi pemudah cara dalam urusan perolehan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan projek infrastruktur digital.

Menurutnya lagi, kerjasama erat ini dijangka menjadi model nasional untuk pendigitalan pendidikan di negeri bergeografi mencabar, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan demi masa depan generasi muda Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ustaz 71 tahun mengaku salah amang seksual dua kanak-kanak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular