HomeUtamaLadang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah – Sammy

Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah – Sammy

Read Time:57 Second

PENAMPANG: Tular di media sosial sebuah ladang ternakan buaya yang beroperasi di kawasan Penampang, mendorong sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menjalankan pemeriksaan susulan bagi menilai kesahihan maklumat yang tersebar.

Seorang anggota polis menjalankan pemeriksaan di ladang penternakan buaya di kawasan Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata pemeriksaan itu dijalankan susulan penularan satu video klip berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan habitat buaya dan menimbulkan kebimbangan orang awam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah ladang penternakan buaya di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, video klip yang tular itu dipercayai dirakam di kawasan berhampiran sebuah ladang penternakan buaya berlesen yang beroperasi secara sah.

Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.

Tambahnya, IPD Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Kekurangan kakitangan, fasiliti terhad punca kesesakan Klinik Mata HQE I

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular