HomeUtamaPairin beri keterangan sebagai saksi pembelaan kes Jabatan Air

Pairin beri keterangan sebagai saksi pembelaan kes Jabatan Air

Read Time:53 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, hadir di mahkamah memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang sedang berlangsung.

Pairin, yang juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, dipanggil sebagai saksi pembelaan ketujuh dalam kes melibatkan bekas Pengarah JANS, Ag Tahir Mohd Talib; isterinya Fauziah Ag Piut, serta bekas Timbalan Pengarah JANS, Lim Lam Beng.

Ketiga-tiga tertuduh berdepan pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM61.57 juta, serta pemilikan barang mewah secara haram yang didakwa dilakukan antara Oktober dan November 2016.

Pairin merupakan saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan.

Pada Disember lalu, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah, telah selesai memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan yang sama. Tan juga merupakan salah seorang saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada pihak pembelaan.

Peguam Sonny Durai dan Datuk Dr Lawrence Thien mewakili Pairin sebagai peguam pemerhati.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mahadi Abdul Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim mengendalikan perbicaraan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPDN Labuan berjaya selesai semua aduan pengguna sepanjang tahun lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular