HomeUtamaPIBKS Sabah sambut baik kajian penyeragaman pakaian sekolah

PIBKS Sabah sambut baik kajian penyeragaman pakaian sekolah

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah menyambut baik saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kajian penyeragaman pakaian seragam sekolah, yang dijadualkan mula dikuatkuasakan pada sesi persekolahan 2027.

Pengerusi PIBKS Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, kajian penyeragaman itu dilihat berupaya membantu menjaga kebajikan murid serta kesejahteraan keluarga termasuk mengurangkan beban kewangan.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan agar sebarang ketetapan selepas kajian dilaksanakan secara berfasa dan fleksibel dengan mengambil kira kemampuan ibu bapa dan konteks setempat khususnya di luar bandar dan pedalaman.

“PIBKS Sabah menyarankan beberapa prinsip utama dipertimbangkan dalam kajian dan cadangan penyeragaman pakaian sekolah, antaranya mengurangkan bilangan jenis pakaian wajib kepada set minimum yang munasabah.

“Selain itu, mengelakkan pakaian khas yang kerap berubah akibat program tertentu; memberi ruang kepada sekolah mengamalkan pendekatan fleksibel berdasarkan kemampuan komuniti dan memastikan tiada murid tercicir atau rasa terpinggir kerana isu penampilan dan kemampuan membeli pakaian.

“Kita turut menyarankan agar pihak berkaitan menyediakan panduan pembelian yang lebih kos efektif termasuk pilihan fabrik, ketahanan dan harga,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya turut menekankan bahawa isu pakaian sekolah bukan sekadar soal imej atau rutin, tetapi berkaitan langsung dengan akses pendidikan yang adil.

Katanya, murid tidak wajar berasa terbeban, malu atau terpinggir disebabkan kekangan kemampuan memiliki pelbagai pakaian.

“Sehubungan itu, PIBKS Sabah menyeru semua pihak menyokong usaha kajian ini dan bersama-sama memastikan keputusan yang akan dibuat kelak benar- benar berteraskan kebajikan murid, kemampuan keluarga serta matlamat pendidikan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pameran Seni Amal Remaja ARTIVO Sabah 2025 kumpul dana RM35,875

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular