HomeUtamaSPRM syor tujuh tambah baik tatakelola LKIM Sabah

SPRM syor tujuh tambah baik tatakelola LKIM Sabah

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah membentangkan sebanyak tujuh syor penambahbaikan berhubung isu pengurusan pendahuluan diri Pengurus Besar kawasan berkaitan program dan aktiviti Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Sabah.

Antara syor itu ialah mewujudkan akaun bank khas bagi penggunaan dan penerimaan wang pendahuluan diri atas nama jawatan “Pengurus Besar”; mewujudkan satu garis panduan berhubung wang pendahuluan diri yang diberikan kepada Pengurus Besar di PNK dari LKIM dan penyediaan laporan perbelanjaan sebenar beserta bil-bil sokongan yang dikemukakan oleh Pengurus dalam tempoh tujuh hari selepas program selesai dilaksanakan.

Cadangan lain ialah melaksanakan pemantauan dan semakan terhadap penggunaan wang pendahuluan diri oleh Pengurus Besar setiap kali program PNK yang dijalankan dan membuat pindaan pada Pekeliling Pendaftar Bil. 1 Tahun 2017-Perkara 3.1 dengan menyatakan ‘pendahuluan diri’ merujuk kepada pengeluaran wang dalam bentuk cek atas nama Pengurus Besar Persatuan Nelayan yang ditunaikan bagi digunakan sebagai perbelanjaan khusus bagi menguruskan projek kontrak ditawarkan oleh LKIM atau pihak-pihak lain dan pendahuluan diri tidak dibenarkan masuk ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar.

Syor ini dilaksanakan susulan hasil siasatan awal yang telah dijalankan oleh SPRM Sabah berhubung isu wang pendahuluan diri bagi program/aktiviti yang dilaksanakan oleh PNK dimasukkan ke dalam akaun peribadi Pengurus Besar PNK.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah yang membentangkan syor itu berkata, ini adalah usaha meningkatkan akauntabiliti melalui pelaksanaan prinsip-prinsip tatakelola yang baik selari dengan keperluan, cabaran persekitaran masa kini dan akan datang.

“Kelemahan yang dikenalpasti ini boleh membuka ruang dan peluang berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat yang menyambut baik cadangan penambahbaikan itu berkata, pihaknya bersetuju untuk mengambil tindakan bagi mengatasi kelemahan yang ditemui.

Pada majlis itu, turut diadakan sesi menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola yang ditandatangani di antara Pengarah SPRM Sabah dan Ketua Pengarah LKIM.

RELATED ARTICLES
Utama

Pameran Seni Amal Remaja ARTIVO Sabah 2025 kumpul dana RM35,875

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular