HomeUtamaMasidi terima kunjungan Pengerusi Oriental Bank Cambodia, fokus kerjasama dan pelaburan Sabah

Masidi terima kunjungan Pengerusi Oriental Bank Cambodia, fokus kerjasama dan pelaburan Sabah

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Pengerusi Oriental Bank Of Cambodia, Phan Ying Tong di pejabatnya di sini pada Khamis.

Pertemuan dua hala itu menumpukan kepada pemerkasaan kerjasama strategik dan peluang pelaburan di negeri ini.

Kunjungan tersebut turut disertai Ahli Lembaga Pengarah Oriental Bank, Vanseka Sok dan Puan Jean Loi Jin Choo, selain Presiden Dewan Perniagaan Malaysia – China  cawangan Sabah merangkap Eksekutif Kumpulan Kim Teck Cheong,Dexter Lau.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan berkenaan menjadi platform penting untuk bertukar pandangan mengenai landskap ekonomi serantau, perkembangan sektor perbankan serta potensi pelaburan berimpak tinggi di Sabah. 

Beliau menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mampan, sejajar dengan agenda pembangunan ekonomi negeri.

“Kerjasama antara kerajaan negeri dan institusi perbankan antarabangsa berpotensi membuka lebih banyak peluang pembiayaan, memacu pelaburan berkualiti dan menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah,” katanya.

Masidi turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menyatakan harapan agar hubungan strategik yang terjalin dapat terus diperkukuhkan demi manfaat bersama, khususnya dalam merangsang aktiviti ekonomi dan memperluas jaringan kerjasama antarabangsa Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Shahelmey dilantik pengerusi baharu SOGDC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular