HomeUtamaGolongan wanita Putatan di minta tingkat kesedaran awal kanser serviks - Shahelmey

Golongan wanita Putatan di minta tingkat kesedaran awal kanser serviks – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 7 Second

PUTATAN: Kesedaran terhadap aspek pengesanan awal kanser serviks mampu meningkatkan pengetahuan dan tingkah laku kesihatan masyarakat tentang kesihatan wanita terutamanya di daerah Putatan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kesedaran awam mengenai pentingnya pencegahan tersebut dari peringkat awal dan pada masa yang sama sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

“Secara global, kanser serviks atau kanser pangkal rahim berada pada tempat keempat penyebab kematian wanita.

“Kebanyakkan kes yang didiagnos berada di peringkat lewat iaitu tahap tiga dan tahap empat.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar golongan wanita agar membuat saringan dan ujian pap smear bagi mengesan awal kanser serviks, “katanya.

Beliau berkata demikian dalam perasmian Pelancaran Projek Pendidikan Kesihatan anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan kerjasama Klinik Kesihatan Putatan.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Kawasan Penampang, Dr Eupharasia Anak Bari, Timbalan Pengarah Akademik ILKKM; Jaffir Hashim.

Mengulas lanjut, Shahelmey berkata, program bertema Pengesanan Awal Kanser Serviks Jaminan Kesejahteraan Wanita itu amat penting dalam memastikan demi peningkatan kesedaran kesihatan wanita di daerah tersebut.

“Inisiatif program ini amat dialu-alukan untuk memberi kesedaran kepada golongan wanita khasnya mengenai kepentingan pengambilan ujian pap smear bagi pengesanan awal kanser serviks.

“Perkhidmatan pemeriksaan saringan kesihatan wanita boleh didapati di mana-mana premis kesihatan sama ada kerajaan atau swasta.

“Saya ingatkan, sentiasa mengambil peduli terhadap tahap kesihatan masing-masing, utamakan perkara itu dan buatlah saringan kesihatan dengan kerap, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tarian Naga dan Singa pelihara warisan, kukuh perpaduan berbilang kaum di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular