HomeUtamaHormati hak negeri, utamakan kepentingan Malaysia - Agong

Hormati hak negeri, utamakan kepentingan Malaysia – Agong

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah agar hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati, namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan.

Baginda bertitah, sebarang perbezaan pandangan antara negeri dan Kerajaan Persekutuan perlu ditangani secara matang tanpa menimbulkan kebencian, syak wasangka atau ketegangan antara wilayah.

“Akibatnya, hak-hak negeri perlu sentiasa dihormati. Namun begitu, kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan,” Baginda bertitah ketika menyampaikan Titah Diraja pada istiadat pembukaan Parlimen di sini pada Isnin.

Sultan Ibrahim menegaskan bahawa asas kepada usaha memperbetulkan hala tuju negara adalah berpaksikan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang telah menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah negara berdaulat.

Menurut Baginda, Malaysia sewajarnya kembali kepada niat asal pembentukan negara iaitu berteraskan perpaduan, saling hormat-menghormati serta kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Dalam titah tersebut, Baginda turut mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat agar lebih berhati-hati dalam perbahasan dan tindakan agar tidak menghasut sehingga mencetuskan ketegangan antara wilayah.

“Oleh itu, sebarang perbezaan pandangan haruslah diselesaikan secara matang dan bukan menerusi kebencian atau syak wasangka,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa setiap perbahasan, keputusan dan undian yang dibuat  Dewan Rakyat dan Dewan Negara bukan sekadar mencerminkan pendirian politik parti, sebaliknya akan menentukan masa depan negara dan rakyat keseluruhannya.

“Laksanakan tugas ini dengan penuh amanah, kebijaksanaan dan tanggungjawab demi kepentingan seluruh rakyat,” titah Baginda.- SABAH MEDIA / FOTO FB SULTAN IBRAHIM

RELATED ARTICLES
Utama

PRK Kinabatangan, Lamag: Seramai 196 anggota polis undi awal esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular