HomeUtamaPolis kekal bebas tuduhan rasuah

Polis kekal bebas tuduhan rasuah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan pembebasan seorang anggota polis daripada tiga pertuduhan rasuah.

Hakim Maslinda @ Linda Mohd Ainal menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Margani Arpah, 61.

Mahkamah antara lain menyatakan bahawa rayuan ini tidak mewajarkan mahkamah untuk campur tangan atau mengganggu keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Oleh itu, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen tersebut dikekalkan dan rayuan ditolak.

Margani Arpah, 61, dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada November 2023, tanpa dipanggil membela diri selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Margani didakwa sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis Diraja Malaysia yang bertugas di Balai Polis Kota Kinabalu, telah secara rasuah meminta bagi diri sendiri suapan berupa wang tunai sebanyak RM2,000 daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap anak buah dan rakannya kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 22 Ogos 2018, kira-kira jam 5 petang, bertempat di belakang Pondok Polis Warisan Square, berhampiran Bangunan Centre Point.

Margani didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Margani didakwa menerima wang tunai masing-masing RM900 dan RM300 daripada individu yang sama bagi tujuan yang sama, antara jam 5.26 petang hingga 6.26 petang, pada hari dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Pihak pendakwaan memanggil seramai 12 orang saksi sepanjang perbicaraan.

Margani diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang.

RELATED ARTICLES
Utama

Selangor Catat Kes Kebankrapan Tertinggi, Ramai Libatkan Penjawat Awam – Insolvesi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular