KUALA LUMPUR : Pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4 sebagai sebagai sebahagian daripada langkah memperkukuh kualiti pendidikan negara dilihat amat wajar dan cukup baik.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, anak-anak pada masa kini dilihat lebih matang khususnya dari segi pembelajaran.
“Ya, bagi saya memang itu cukup bagus.
Kerana daripada segi pembelajaran anak-anak kita ini lebih matang pada hari ini.
“Sebab kalau kita bagi mereka ujian daripada darjah 4 itu memang cukup bagus bagi saya, untuk menyesuaikan minda mereka sebelum mereka ke sekolah menengah,” katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain pelaksanaan semula sistem penilaian murid sekolah rendah pada peringkat Darjah 4, Perdana Menteri turut mengumumkan perubahan kepada struktur kemasukan pendidikan awal kanak-kanak, dengan pendidikan prasekolah akan bermula pada usia 5 tahun, manakala kemasukan ke Darjah 1 ditetapkan pada usia enam tahun mulai tahun 2027.
Mengulas mengenai perkata itu, James berkata,
James berkata, pihaknya turut menyokong pengumuman itu dan dilihat amat sesuai.
“Bagi saya memang amat sesuai. Kerana budak-budak sekarang ini sudah bijak. Kadang-kadang pada umur 5 tahun sudah pandai membaca.
“Jadi amat sesuai bagi saya. Umur 6 tahun sudah darjah 1. Kadang-kadang ada juga setengah pelajar-pelajar sekarang ini yang mana mereka ini lebih cepat dewasa . Bagi saya, memang kami di Sabah ini amat sesuai,” katanya. – SABAH MEDIA



