HomeUtamaDua peniaga runcit dikompaun gagal pamer tanda harga

Dua peniaga runcit dikompaun gagal pamer tanda harga

Read Time:1 Minute, 4 Second

LABUAN: Dua peniaga kedai runcit dikenakan kompaun ekoran kegagalan mempamerkan tanda harga barangan, hasil pemeriksaan pematuhan yang dijalankan oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Labuan, Junaidah Arbain berkata dua pasukan penguat kuasa digerakkan untuk memeriksa premis-premis perniagaan di seluruh kawasan luar bandar Labuan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan, dua pengusaha kedai runcit didapati gagal mempamerkan tanda harga barangan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, mana-mana peniaga yang didapati melakukan kesalahan berkaitan penandaan harga boleh dikenakan kompaun atau, jika disabitkan kesalahan, didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 bagi individu atau sehingga RM100,000 bagi syarikat,” katanya.

Junaidah berkata secara keseluruhan, pemeriksaan ke atas premis-premis lain mendapati majoriti peniaga mematuhi peraturan, manakala bekalan barangan kawalan didapati mencukupi dan mudah diperoleh oleh pengguna.

Junaidah menegaskan bahawa kebajikan dan kepentingan pengguna tetap sentiasa menjadi keutamaan, tanpa mengira lokasi premis sama ada di bandar atau luar bandar.

“Sehubungan itu, KPDN Wilayah Persekutuan Labuan akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan, melindungi pengguna, serta menggalakkan amalan perniagaan yang beretika,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambungan grid Sarawak–Sabah beroperasi, perkukuh bekalan elektrik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular