HomeSukanJPNS galak warga pendidikan Sabah sertai sukan Pickleball

JPNS galak warga pendidikan Sabah sertai sukan Pickleball

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) menggalakkan penyertaan warga pendidik termasuk murid di negeri ini untuk bergiat aktif dalam aktiviti sukan termasuk sukan baharu seperti Pickerball.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, penyertaan dalam pelbagai aktviti sukan adalah selaras dengan aspirasi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Beliau berkata, sukan Pickleball yang semakin berkembang di peringkat antarabangsa wajar diberi perhatian serius kerana potensinya yang besar, khususnya sebagai sukan baharu yang boleh membuka lebih banyak peluang penyertaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Raisin (kanan) bersama Arif

“Insya-Allah, kita akan melihat bagaimana kemungkinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memasukkan acara Pickleball dalam kejohanan sukan tahunan di peringkat kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Sabah.

“Di peringkat JPNS sendiri, saya amat menggalakkan guru-guru dan murid-murid untuk melibatkan diri dalam sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media ketika menghadiri JPN x PIBKS Internal Pickerball Tournament di Infinity Sport Arena di sini pada Sabtu.

Hadir sama Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Negeri Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran.

Raisin berkata, sebagai sukan yang masih baharu di Malaysia, Pickleball menawarkan kelebihan dari segi peluang pertandingan yang lebih luas.

“Apabila sesuatu acara itu masih baharu, peluang untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah lebih terbuka.

“Ini satu kelebihan kepada pelajar dan warga pendidikan yang mula melibatkan diri dari peringkat awal,” katanya

Mengulas lanjut, Raisin berkata, walaupun Pickleball masih dianggap baharu di negara ini, sukan tersebut sebenarnya telah lama berkembang di negara lain.

“Kita melihat sukan ini bukan sesuatu yang baharu di peringkat antarabangsa. Banyak negara telah mendahului, dan Sabah tidak seharusnya ketinggalan dalam arus pembangunan sukan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kekurangan pemain jejas momentum, Sabah FC fokus Piala Cabaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular