HomeUtamaPRK Kinabatangan, Lamag : SPR terima lima laporan kesalahan sepanjang kempen

PRK Kinabatangan, Lamag : SPR terima lima laporan kesalahan sepanjang kempen

Read Time:51 Second

KINABATANGAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lima laporan kesalahan sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, empat adalah kesalahan bahan kempen dan satu melibatkan provokasi.

“Laporan-laporan ini kini dalam tindakan pihak badan pemantau yang dilantik tanpa melibatkan sebarang laporan polis.

“Setakat tinjauan ke beberapa pusat mengundi, keadaan adalah tenang dan teratur, semua pengundi keluar dengan tertib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau pusat mengundi di SK Bukit Garam di sini, pada Sabtu.

Ramlan berkata, semua 36 pusat mengundi telah dibuka bermula jam 8 pagi yang melibatkan 117 saluran.

Beliau berharap agar semua pihak patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedia ada apabila keputusan diumumkan malam ini.

“SPR sebagai badan bebas akan menjalankan tugas dengan penuh berintegriti bagi memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan adil, telus dan tidak akan melakukan perkara yang boleh menimbulkan sebarangan ketidakpuasan hati dalam kalangan pengundi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Perundangan adat Anak Negeri Sabah wajar dikemas kini, MAN diperkukuh –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular