HomeUtamaPenutupan sementara Jalan Tuaran bagi kerja perobohan jejantas

Penutupan sementara Jalan Tuaran bagi kerja perobohan jejantas

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU : Orang awam khususnya pengguna kenderaan dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif berikutan penutupan jalan sementara di Jalan Tuaran selama tiga hari bermula 31 Januari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki yang sedia ada di hadapan Likas Vue.

“Orang awam adalah dimaklumkan bahawa penutupan jalan sementara di Jalan Tuaran akan dilaksanakan pada 31 Januari 2026 sehingga 02 Februari 2026 pada jam 10 malam 4.30 pagi.

“Perobohan itu adalah bagi memberi ruang kepada kerja-kerja perobohan jejantas pejalan kaki yang sedia ada di hadapan Likas Vue.

“Orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan setiap papan tanda lalu lintas yang di pasang di sekitar kawasan tersebut,” menurut kenyataan itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

LPPB bina 29,443 rumah kos rendah seluruh Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular