HomeUtama13 tuntutan MA63 selesai, 15 lagi dalam rundingan – Fadillah

13 tuntutan MA63 selesai, 15 lagi dalam rundingan – Fadillah

Read Time:1 Minute, 5 Second

KUALA LUMPUR : Sebanyak 13 perkara berkaitan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah berjaya diselesaikan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, 15 perkara lagi masih berada di peringkat rundingan dan memerlukan penelitian lanjut.

Beliau berkata, proses pelaksanaan tuntutan MA63 bukan perkara mudah kerana melibatkan sejarah penubuhan negara dan perundangan yang telah dibuat di peringkat Persekutuan dan negeri sejak sekian lama.

Fadillah Yusof

“Sebab itu ada perkara yang mudah sudah pun diselesaikan, ada yang terpaksa memerlukan perundingan yang lebih rumit lagi, yang kadang-kadang terpaksa kita pinda Perlembagaan dan sebagainya termasuklah undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Dashboard Status Pelaksanaan Perkara di Bawah Perjanjian Malaysia 1963 (Dashboard MA63) di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Pembangunan Dashboard MA63 dilaksanakan secara dua fasa, dengan fasa pertama yang dilancarkan hari ini boleh diakses melalui portal rasmi Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS).

Manakala fasa kedua akan melibatkan penambahbaikan berterusan termasuk pengemaskinian maklumat secara langsung oleh kementerian dan agensi berkaitan.

Dashboard yang dikendalikan BHESS itu menyediakan akses kepada maklumat latar belakang perjanjian, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) serta status perundingan semasa.

“Portal ini membolehkan orang ramai meneliti perincian berkaitan MA63, latar belakang berhubung kait dengan perjanjian tersebut serta aktiviti BHESS mengenai status perundingan di bawah MA63,” tambah Fadhillah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

RAM Ratings upgrades YTL Corp’s ratings to AAA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular