HomeUtamaJIM Sabah Perhebat Operasi, Tahan Lapan PATI Dalam Ops Gegar Sekitar Kota...

JIM Sabah Perhebat Operasi, Tahan Lapan PATI Dalam Ops Gegar Sekitar Kota Kinabalu

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU,— Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah terus mempergiat operasi penguatkuasaan menerusi Ops Gegar yang dijalankan di sekitar bandar raya ini awal pagi Khamis.

Operasi yang dilaksanakan oleh Unit Operasi Imigresen, Bahagian Penguatkuasa JIM Kota Kinabalu itu melibatkan seramai 40 pegawai.

Sepanjang operasi berkenaan, seramai 278 individu diperiksa, melibatkan warganegara tempatan dan asing.

Hasil pemeriksaan mendapati lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan, terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan lima wanita dewasa, masing-masing warganegara Filipina dan Indonesia.

Menurut JIM Sabah, kesemua individu yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu berada di Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah.

JIM Sabah memaklumkan operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelarasan tarik elektrik perlu dilaksana secara seimbang – Pemuda Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular