HomeUtamaPPM Tawau gagalkan penyeludupan minyak diesel

PPM Tawau gagalkan penyeludupan minyak diesel

Read Time:57 Second

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggagalkan satu cubaan penyeludupan minyak diesel dalam satu operasi rondaan, dengan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM647,850.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abdul Rahman berkata semasa operasi dijalankan di kawasan perairan Sungai Selipar, Pulau Sebatik, pada Khamis kira-kira jam 5.21 petang, sebuah kapal kargo bunga sawit yang bergerak dari Pulau Sebatik menuju ke Nunukan, Indonesia telah ditahan untuk pemeriksaan.

Menurut beliau, kapal tersebut dijuragani oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kapal berkenaan membawa sebanyak 11,600 liter minyak diesel yang disimpan di dalam tiga buah tangki minyak berlainan kapasiti serta tiga buah tong drum berwarna biru.

“Juragan kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan minyak diesel tersebut disyaki cuba diseludup ke negara jiran.

“Susulan itu, kapal dan minyak diesel berkenaan telah dirampas untuk siasatan lanjut. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM 647,850,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat (30 Januari).

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan terus memberikan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyeludupan serta penyelewengan bahan api bersubsidi, demi kepentingan negara dan keselamatan perairan.

RELATED ARTICLES
Utama

SK Kimanis rangkul 3 emas NEMO peringkat kebangsaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular