HomeUtamaKes hina mahkamah Shafie dijadual semula 11 Februari

Kes hina mahkamah Shafie dijadual semula 11 Februari

Read Time:55 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Kes penghinaan mahkamah membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berhubung kenyataannya berkaitan inkues kematian Zara Qairina Mahathir, telah dijadualkan semula pada 11 Februari ini.

Kes itu pada mulanya dijadualkan untuk didengar hari ini di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, namun telah ditetapkan ke tarikh lain. 

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P. Kunyalan, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

“Mahkamah telah menjadualkan semula kes ini ke 11 Februari susulan permohonan pihak pendakwaan dan dipersetujui semua pihak,” katanya.

Pada 22 September 2025, Koroner mengeluarkan notis tunjuk sebab terhadap Presiden Parti Warisan itu susulan kenyataan yang didakwa mengganggu prosiding inkues kematian Zara.

Pada 23 Oktober, Koroner telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Shafie serta seorang aktivis, Che Muna Din atau lebih dikenali sebagai Mona Din.

Shafie dan Mona Din dikehendaki memberi jawapan terhadap dakwaan berkenaan mengikut Aturan 52, Kaedah 3(2), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Pada 18 Disember 2025, Mona Din mengaku bersalah atas kesalahan penghinaan mahkamah dan didenda RM300 atau penjara 14 hari jika gagal membayar denda.

RELATED ARTICLES
Utama

Desa Group sumbang bekalan makanan bagi Program Dapur Siswa UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular