HomeUtamaSDB berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi Sabah

SDB berperanan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Sabah Development Berhad (SDB) memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negeri dengan menyokong pelaksanaan projek kerajaan yang berimpak ekonomi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia adalah bagi merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Beliau turut menekankan kepentingan tanggungjawab institusi serta keperluan membina asas pengurusan dan perancangan yang kukuh.

Menurutnya, ia bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan dilaksanakan secara berkesan, berdaya tahan, dan memberi manfaat jangka panjang kepada negeri.

Beliau turut menyeru SDB untuk terus melaksanakan tanggungjawab secara profesional dan berintegriti, selain memperkukuh peranan syarikat sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam merancakkan ekonomi setempat.

Masidi yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada pengurusan tertinggi SDB, yang diketuai pengerusinya Datuk Dr. Yusuf Yacob, di pejabat beliau, di sini pada Isnin.

Kunjungan itu dijalankan sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama antara kerajaan negeri dan syarikat berkenaan, termasuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor pelaburan, pembangunan hartanah dan inisiatif ekonomi strategik sejajar dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Pada hari yang sama, Masidi turut menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Berhad (KOPEKS), Datuk Dr. Saat Ag Damit, bersama Ketua Pegawai Eksekutif Buvil Angkui dan rombongan.

Dalam pertemuan itu, beliau memberi cadangan strategik bagi memperkukuh usaha koperasi menjana pendapatan serta meningkatkan keberkesanan operasi, sambil menekankan kepentingan inovasi dalam aktiviti ekonomi untuk kesejahteraan ahli dan penyumbangan kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kursus kepimpinan krisis teguhkan penyelarasan dan komunikasi Kerajaan – Azrul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular