HomeUtamaDBKK keluarkan kompaun, sita peralatan dalam Ops Bersepadu Tapak Bina

DBKK keluarkan kompaun, sita peralatan dalam Ops Bersepadu Tapak Bina

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan beberapa kompaun termasuk menyita peralatan terhadap pemaju serta kontraktor yang gagal mematuhi syarat kelulusan pembinaan dalam Ops Bersepadu Tapak Bina di sini baru-baru ini.

Operasi yang diadakan selama dua hari berakhir 1 Februari lalu itu dilaksanakan Jabatan Kawalan Bangunan DBKK dengan penglibatan seramai 18 anggota daripada Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasaan.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan di beberapa tapak bina pada hari pertama mendapati terdapat kerja-kerja pembinaan dijalankan melebihi had masa yang diluluskan. 

Susulan itu, dua kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) (Bangunan) 1951.

Selain pengeluaran kompaun, DBKK turut menyita dua panel kawalan lif pengangkut, dua bateri lori 10 tan serta kunci lori sebagai tindakan penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan yang dikesan.

Operasi hari kedua dijalankan susulan aduan awam mengenai sebuah tapak bina yang dipercayai menjalankan kerja pembinaan di luar hari dan tempoh masa yang dibenarkan. 

“Hasil pemeriksaan mengesahkan pelanggaran tersebut, menyebabkan satu lagi kompaun dikeluarkan kepada pihak pemaju, selain penyitaan satu set peralatan kimpalan,” menurut kenyataan itu di sini.

DBKK menegaskan bahawa semua pemaju dan kontraktor di Bandaraya Kota Kinabalu wajib mematuhi syarat kelulusan pelan bangunan serta peruntukan di bawah UUK (Bangunan) 1951.

Sebarang kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan penguatkuasaan tanpa kompromi.

“Tindakan tegas itu diambil bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keselesaan orang awam sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya pintar dan lestari,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Pengiktirafan global: Dr Velerie bawa suara pendidikan Asia ke pentas dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular