HomeUtamaPengiktirafan global: Dr Velerie bawa suara pendidikan Asia ke pentas dunia

Pengiktirafan global: Dr Velerie bawa suara pendidikan Asia ke pentas dunia

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Dunia pendidikan mencatat detik membanggakan apabila anak jati Sabah, Dr Velerie Wheelervon Primus disenaraikan dalam Top 50 Guru Terbaik Dunia 2026 dan kini berada di Dubai sejak 1 Februari bagi menyertai Konvensyen Guru Dunia serta menghadiri Majlis Anugerah Guru Terbaik Dunia 2026.

Dr Velerie seorang pendidik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Keningau merupakan satu-satunya guru mewakili Asia dalam program pendidikan terbesar dunia itu.

Kehadiran beliau bukan sekadar pencapaian peribadi, malah menjadi pengiktirafan global yang mengangkat martabat pendidik rantau Asia dalam landskap pendidikan antarabangsa.

Dr Velerie berkata, sepanjang berada di Dubai, beliau turut menyertai kursus berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan bagi memperkukuh kemahiran dan pendekatan pengajaran selari perkembangan teknologi semasa.

Menurutnya, beliau juga terlibat secara aktif dalam perbincangan profesional bersama lebih 400 guru dari pelbagai negara.

“Pertemuan ini menjadi ruang strategik untuk bertukar idea, berkongsi amalan terbaik, dan membina kolaborasi antarabangsa demi masa depan pendidikan yang lebih inklusif, berperikemanusiaan dan berdaya tahan menghadapi cabaran global,” katanya kepada Sabah Media.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan kualiti pendidik bertaraf dunia tidak ditentukan oleh lokasi sekolah, sebaliknya dipacu keikhlasan jiwa, kekuatan kepimpinan serta keberanian membawa perubahan bermakna kepada anak didik.

“Pencapaian ini bukan hanya milik saya semata-mata, malah untuk seluruh komuniti pendidikan Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa apabila guru diperkasa, mereka mampu membawa suara dari bilik darjah ke pentas dunia serta menyalakan harapan bagi masa depan pendidikan yang lebih adil dan berimpak,” katanya.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Aumas Kaut Untung Bersih RM33.35 Juta Bagi FY25, Didorong Lonjakan Harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular