HomeUtamaAbang didakwa liwat, amang seksual adik tiri

Abang didakwa liwat, amang seksual adik tiri

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki yang berdepan pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik tiri perempuannya mendakwa tidak mengetahui bahawa perbuatannya itu merupakan satu kesalahan serius.

Remaja berusia 19 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii mangsa berusia 11 tahun empat bulan pada 2 Januari tahun ini, jam 9 pagi, di sebuah rumah di Manggatal, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun, dan hendaklah juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan serangan seksual fizikal dengan meraba payudara mangsa pada jam 9 pagi, 4 Januari tahun ini, di tempat yang sama.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan susulan bantahan jaminan oleh pihak pendakwaan.

Ketika ditanya oleh mahkamah sama ada ahli keluarganya mengetahui mengenai kes tersebut, tertuduh menjawab bahawa dia tidak pasti.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis membantah jaminan dengan alasan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh membabitkan kesalahan yang serius.

Tambahnya lagi, tertuduh dan mangsa tinggal serumah dan tertuduh berkemungkinan akan mengganggu saksi pendakwaan sekiranya dibenarkan jaminan.

Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan dengan alasan tidak mengetahui bahawa perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius.

“Saya benar-benar tidak tahu perbuatan itu merupakan satu kesalahan serius,” katanya sambil meminta maaf atas perbuatannya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas SUT tidak tahu kewujudan ‘Centralised Collection Scheme’ 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular