HomeUtamaImigresen Tahan 53 PATI Dalam OPS Kutip Dan Sapu Di Kota Kinabalu,...

Imigresen Tahan 53 PATI Dalam OPS Kutip Dan Sapu Di Kota Kinabalu, Tuaran

Read Time:38 Second

KOTA KINABALU, — Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah menahan seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam pelaksanaan Ops Kutip dan Ops Sapu yang dijalankan selama dua hari bermula 2 hingga 3 Februari di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.

Operasi penguatkuasaan itu dilaksanakan oleh Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasa dengan kekuatan 61 pegawai dan anggota dari Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Ibu Pejabat Kota Kinabalu.

Menurut Satu kenyataan, sepanjang tempoh operasi berkenaan, seramai 177 individu telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati 53 warga asing disyaki melanggar peruntukan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, melibatkan 24 lelaki dan 29 perempuan, kesemuanya warganegara Filipina.

Jabatan itu menegaskan komitmen berterusan untuk melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berfokus dan bersepadu bagi membanteras kehadiran PATI serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Sempadan Malaysia-Indonesia Jelas, Kita Tidak Kehilangan Wilayah – Ahli Parlimen...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular