HomeUtamaKerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung

Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung

Read Time:1 Minute, 8 Second

BERNAMA

KLANG : Kerajaan sedang merangka langkah bagi memastikan rakyat di Semenanjung dapat menikmati “ikan rakyat” dengan harga yang lebih rendah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. 

Beliau berkata pihaknya kini sedang melihat kepada cara untuk membawa jenis ikan seperti kembung, selar dan sembilang dari Sabah, terutamanya di Sandakan dan Tawau, yang didapati dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran di Semenanjung. 

Katanya langkah itu bukan sahaja bagi memastikan ia dapat dipasarkan di Semenanjung dengan harga yang lebih berpatutan malah membantu meningkatkan ekonomi nelayan tempatan di negeri tersebut. 

“Saya lihat tadi barang-barang yang dijual harganya agak tinggi sedikit, tapi kita akan mencari jalan supaya ia lebih murah terutama sekali makanan harian seperti ikan dan sebagainya. Saya juga lihat tadi sayuran berada dalam keadaan harga yang sederhana. 

“Ini akan mengambil masa sikit sebab kita perlu siapkan fasiliti, nak bincang dengan syarikat penerbangan dan sebagainya untuk kerja-kerja (logistik),” katanya ketika ditemui selepas meninjau Program Semarak Ramadan MADANI Peringkat Kebangsaan @ Pasar Tani Taman Sri Andalas di sini hari ini. 

Mohamad berkata perbincangan secara intensif juga sedang dijalankan bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dalam menjayakan hasrat tersebut. 

Mengenai program hari ini, beliau berkata ia akan diadakan di 680 lokasi Pasar Tani seluruh negara hingga 18 Feb ini, membabitkan penyertaan 10,600 usahawan dengan sasaran nilai jualan keseluruhan RM50 juta.  BERNAMA 

RELATED ARTICLES
Utama

100 peserta sertai kursus kesiapsiagaan gempa bumi CBDRM di Segamat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular