HomeUtamaLDP tegaskan komitmen libat urus akar umbi menerusi walkabout Tahun Baharu Cina

LDP tegaskan komitmen libat urus akar umbi menerusi walkabout Tahun Baharu Cina

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) meneruskan program turun padang sempena sambutan Tahun Baharu Cina menerusi walkabout di Pasar Pagi Jalan Gaya dan kawasan komersial Damai pada Ahad (8 Feb).

Inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat serta memastikan parti itu kekal dekat dengan rakyat, khususnya peniaga kecil dan penduduk bandar yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Walkabout itu diketuai Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan diselaras Timbalan Presiden, Datuk Yong Wui Chung, dengan kehadiran Setiausaha Agong parti merangkap ADUN Lantikan, Datuk Chin Shu Ying, Ahli Majlis Tertinggi serta ahli parti.

Sepanjang program, delegasi LDP berinteraksi secara bersemuka dengan penjaja, peniaga dan penduduk sambil menyampaikan ucapan perayaan serta mendengar maklum balas berkaitan isu sosioekonomi dan pembangunan setempat.

Antara isu dibangkitkan termasuk peningkatan kos sara hidup, kos operasi peniaga kecil, cabaran aliran pelanggan, kebersihan persekitaran, kesesakan lalu lintas serta keperluan penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam.

Chin berkata maklum balas langsung rakyat penting bagi membantu parti merangka pendirian dan cadangan yang lebih berpaksikan keperluan sebenar komuniti, di samping memainkan peranan sebagai penghubung antara isu tempatan dan pihak berkuasa berkaitan.

Menurutnya, aktiviti turun padang sempena perayaan itu juga menjadi platform memupuk keharmonian masyarakat majmuk, dengan LDP menegaskan pendekatan politik sederhana dan inklusif akan terus menjadi teras perjuangan parti.

RELATED ARTICLES
Utama

Bapa OKU dipenjara 10 tahun, 3 sebatan amang seksual anak sendiri

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular