HomeUtamaPesara guru bebas 3 tuduhan kes wang palsu

Pesara guru bebas 3 tuduhan kes wang palsu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pesara guru dibebaskan daripada dua pertuduhan menggunakan wang palsu RM100 dan satu pertuduhan cubaan menggunakan wang palsu yang didakwa berlaku lima tahun lalu.

Aron @ Areon Rijak, 62, dibebas dan dilepaskan pada Isnin selepas Hakim Mahkamah Sesyen, Zaini Fishir @ Fisal, memutuskan bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Aron didakwa menggunakan mata wang palsu sebagai wang tulen, iaitu sekeping wang kertas RM100, bagi pembelian satu beg ais kiub di Pasar Mini Myshop Matupang, Ranau, pada 23 April 2021 kira-kira jam 4.10 petang.

Pertuduhan kedua, Aron didakwa menggunakan wang RM100 untuk membeli satu tray telur di tempat yang sama pada 24 April 2021 kira-kira jam 5 petang.

Bagi kedua-dua kesalahan ini, Aron didakwa di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sbait keslahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, Aron didakwa cuba menggunakan wang palsu RM100 bagi pembelian satu pek mi bihun di pasar mini yang sama pada 30 April 2021 kira-kira jam 12 tengah hari.

Bagi pertuduhan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Mengikut kertas pertuduhan ketiga-tiga wang tersebut menggunakan nombor siri yang sama.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil lapan orang saksi, manakala pihak pembelaan memanggil empat orang saksi.

Aron diwakili oleh peguam Jaikol Situn.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar pengerusikan mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan pusat-negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular