HomeUtamaHendap wanita dalam tandas, lelaki dipenjara 17 bulan

Hendap wanita dalam tandas, lelaki dipenjara 17 bulan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga asing yang menghendap wanita di dalam tandas dijatuhi hukuman penjara 17 bulan atas kesalahan mengaibkan kehormatan mangsa.

Tertuduh, Win Shahrun, 19, mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Win didakwa mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 33 tahun dengan maksud hendak mengaibkan kehormatanya pada 24 Januari 2026 jam lebih kurang 10.25 pagi bertempat di dalam tandas perempuan di Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua, dekat sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu mendapati seorang lelaki, iaitu tertuduh, berada di dalam tandas wanita dengan niat menghendap.

Pengadu menyedari kehadiran tertuduh selepas terdengar bunyi mencurigakan dan ternampak tertuduh cuba melihat ke arah mangsa lain di dalam tandas.

Pengadu segera meninggalkan lokasi dan membuat laporan polis demi keselamatan diri serta bagi mencegah kejadian tidak diingini.

Tertuduh berjaya dikenal pasti dan ditangkap pada hari yang sama, dan pengecaman kawad cam juga positif.

Pegawai pendakwa, Inspektor Yusfi Basri, memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran dan meminta agar tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya menggelengkan kepala ketika ditanya oleh Mahkamah mengenai rayuannya terhadap hukuman.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

RELATED ARTICLES
Utama

Kapasiti solar Jetama cecah 38.21MW, sumbang kestabilan grid Sabah – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular