HomeUtamaBeaufort kembali diisytihar banjir, satu PPK diaktifkan

Beaufort kembali diisytihar banjir, satu PPK diaktifkan

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU  : Daerah Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir selepas berlaku limpahan air Sungai Padas di sini pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Nazri Ajun berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 9 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Berikutan pengisytiharan itu, Nazri berkata, satu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan bagi menempatkan mangsa yang terjejas banjir.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort adalah dengan ini saya selaku Pengerusi JPBD Beaufort mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata, sehingga kini sebanyak 17 buah kampung dilaporkan terjejas banjir dan proses memindahkan mangsa masih dijalankan.

Antara kampung yang terjejas termasuklah Kampung Batu 60; Kampung Jempangah; Kampung Binunuk; Kampung Balibata; Kampung Lumatai; Kampung Bakalau; Kampung Luagan dan Kampung Bingkul 

Turut dilaporkan terjejas adalah kampung Mempagar; Kampung Limbawang; Kampung Lubak; Kampung Selinsing; Kampung Betanduk;  Kampung Beringin; Kampung Lawa; Kampung Lago; Kampung Suasa; Kampung Jabang dan Kampung Kangsa. 

RELATED ARTICLES
Utama

Sembilan sekolah di Beaufort ditutup akibat banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular