HomeUtamaTaman Bukit Tawau diperkasa sebagai destinasi komuniti hijau lestari

Taman Bukit Tawau diperkasa sebagai destinasi komuniti hijau lestari

Read Time:1 Minute, 5 Second

TAWAU : Taman Bukit Tawau akan terus diperkasa sebagai Destinasi Komuniti Hijau yang lestari, mesra pengunjung dan berdaya tarikan tinggi, selaras dengan agenda pelancongan berteraskan alam semula jadi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, fokus utama pembangunan adalah penaiktarafan infrastruktur bagi meningkatkan keselesaan, keselamatan dan pengalaman pelancong yang berkunjung ke taman berkenaan.

Beliau berkata, usaha tersebut merangkumi penambahbaikan kawasan rehat dan rekreasi keluarga, selain memperkukuh elemen interpretasi alam sekitar yang lebih informatif dan interaktif.

“Peningkatan kemudahan ini akan memastikan Taman Bukit Tawau tampil sebagai ruang rekreasi hijau yang selesa, selamat dan inklusif.

“Pada masa sama, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung domestik dan antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jafry berkata, pembangunan yang dirancang bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek fizikal, malah turut mengambil kira pemeliharaan alam sekitar secara menyeluruh.

Katanya, inisiatif berkenaan dijangka memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat melalui peluang keusahawanan dan pekerjaan, sekali gus mengukuhkan Tawau sebagai destinasi pelancongan hijau yang progresif.

“Kementerian akan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara bertanggungjawab, berteraskan kelestarian dan berimpak tinggi kepada rakyat tanpa menjejaskan alam sekitar,” tegasnya.

Menurutnya, usaha memperkasa Taman Bukit Tawau ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh imej Sabah sebagai destinasi pelancongan alam semula jadi yang mampan dan berdaya saing di peringkat nasional serta antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Terusan baharu dicadang dibina, kurangkan limpahan Sungai Padas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular