HomeUtamaMUTIARA GRS santuni 71 penghuni The Hope Village

MUTIARA GRS santuni 71 penghuni The Hope Village

Read Time:51 Second

TUARAN: Seramai 71 penghuni Pusat Jagaan Warga Emas The Hope Village menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), pada Khamis.

Pusat jagaan yang disokong 44 kakitangan itu menerima sumbangan wang tunai, barangan keperluan harian, kerusi roda serta peralatan perubatan bagi membantu melancarkan pengurusan dan meningkatkan tahap penjagaan penghuni.

Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat menceriakan warga emas selain meringankan beban petugas yang komited menjaga kebajikan mereka setiap hari.

“Program seperti ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MUTIARA GRS dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya warga emas yang memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, MUTIARA GRS akan terus mempergiatkan aktiviti kebajikan terutama menjelang musim perayaan supaya lebih ramai golongan kurang bernasib baik dapat dibantu secara berterusan.

The Hope Village yang mula beroperasi sejak pertengahan 2015 berperanan sebagai pusat perlindungan dan penjagaan warga emas yang memerlukan perhatian rapi serta sokongan berterusan.

Turut hadir, Naib Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Linda Ewit.

RELATED ARTICLES
Utama

Perayaan kaum wajar jadi simbol perpaduan Sabah – Shahelmey

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular