HomeUtama1,910 kes kebakaran direkodkan di Sabah tahun lalu, kerugian cecah RM145 juta

1,910 kes kebakaran direkodkan di Sabah tahun lalu, kerugian cecah RM145 juta

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan sebanyak 1,910 kes kebakaran yang berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu, dengan 13 kematian dan kerugian harta benda mencecah RM145 juta.

Pengarah JBPM Sabah Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya agar jumlah kes yang direkodkan itu dapat dikurangkan pada tahun ini menerusi sokongan padu daripada rakyat terhadap penyelamatan kebakaran.

“Kebakaran struktur menyumbang 42 peratus daripada jumlah kes, manakala punca nyalaan disebabkan elektrik sebanyak 692 kes menjadi penyumbang terbesar.

” Data ini jelas menunjukkan bahawa kepekaan terhadap risiko kebakaran, khususnya akibat penggunaan elektrik di rumah, adalah sangat penting. 

“Pencegahan awal dan pemantauan rutin, seperti memastikan suis elektrik dan peralatan rumah berada dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan, dapat mengurangkan risiko kebakaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian kempen keselamatan kebakaran dan Ops siaga raya sempena tahun haharu cina dan hari raya Aidilfitri tahun 2026.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang diwakili Setiausaha Politiknya Abdul Wahid Abdul Razak.

Pisar berkata, keselamatan adalah tanggungjawab bersama, yang memerlukan kesedaran dan tindakan proaktif dari setiap lapisan masyarakat.

Katanya, setiap keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan rumah dan komuniti selamat daripada risiko kebakaran. 

“Dalam konteks ini, saya menyeru agar setiap keluarga mengambil tindakan mudah tetapi kritikal, seperti mematikan suis elektrik sebelum meninggalkan rumah, memastikan lilin dan dapur tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.

” Selain itu, kita juga meminta agar anak-anak  tidak bermain mercun atau bunga api tanpa kawalan, serta menyimpan nombor kecemasan bomba di tempat yang mudah dicapai,” katanya.

Menurutnya, langkah-langkah itu bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda, tetapi mampu menyemai budaya keselamatan yang mantap dalam komuniti, menjadikan keselamatan sebagai amalan harian dan tanggungjawab bersama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Shell perbaharui komitmen laksana program latih juruteknik minyak dan gas Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular