HomeUtamaKerajaan Tubuh Jawatankuasa khas Yang Dipengerusikan Peguam Negara Bagi Siasat Isu Pemilikan...

Kerajaan Tubuh Jawatankuasa khas Yang Dipengerusikan Peguam Negara Bagi Siasat Isu Pemilikan Saham Ketua Pesuruhjaya SPRM

Read Time:54 Second

PUTRAJAYA, — satu jawatankuasa khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipengerusikan oleh oleh Peguam  Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar ditubuhkan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar malam ini melalui satu kenyatan di mana penubuhan jawatankuasa itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara telus dan teratur.

Jelasnya Jawatankuasa khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Peguan Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, manakala keanggotaannya terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Menurut Kenyataan itu lagi,  jawatankuasa berkenaan akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi memberi pengadilan sewajarnya kepada pihak yang disiasat, selain memastikan setiap proses dilakukan mengikut tatacara yang ditetapkan.

“Hasil dan syor siasatan akan dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri serta Pihak Berkuasa Tatatertib untuk pertimbangan lanjut, katanya, .

Kerajaan menegaskan penubuhan jawatankuasa khas itu mencerminkan komitmen untuk memastikan integriti institusi awam terus terpelihara serta setiap isu yang dibangkitkan ditangani secara profesional dan bebas.

RELATED ARTICLES
Utama

Hayati al-Quran sebagai asas pembinaan  umat progresif, sejahtera 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular