HomeUtamaDua wanita ditahan, bantu siasatan kes pembunuhan kejam di Menggatal

Dua wanita ditahan, bantu siasatan kes pembunuhan kejam di Menggatal

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Dua lagi individu ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh susulan penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan tempat pembuangan sampah Pekan Indah Permai, Menggatal pada 12 Februari lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, SUPT Syed Lot bin Syed Ab Rahman, berkata kedua-dua tangkapan terbaharu itu membabitkan dua wanita tempatan masing-masing berumur 29 tahun dan 21 tahun yang ditahan di kawasan Sepanggar dan Inanam.

Menurutnya, kedua-dua wanita berkenaan merupakan anak kepada suspek utama dan ditahan bagi membantu siasatan berhubung peranan serta pengetahuan mereka berkaitan kejadian itu.

Beliau berkata, sebelum ini polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 71 tahun pada 12 Februari di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. Pada malam sama, seorang lagi lelaki tempatan berumur 19 tahun turut ditahan di kawasan Sepanggar.

“Hasil tindakan pantas dan siasatan berterusan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu, setakat ini seramai empat individu telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes termasuk telefon bimbit, pakaian, sepasang sarung tangan, sebilah parang berukuran kira-kira 27 inci serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional serta menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah catat kes Tibi tertinggi di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular